Monday, 6 February 2017

Seoul Korea Winter 2017: Day 1 Part 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t dan apa khabar semua..

......................................................................
Date: 15-16 January 2017
Venue: KLIA 2, Kuala Lumpur,
            Incheon International Airport
            Petite France
            Nami Island
            Yongpyung Ski Resort

Breakfast: Nasi lemak Pak Nasir (Airasia)
Lunch: The Fish restaurant (seafood near MBC and SBS building)
Dinner: Namiok restaurant (Dakgalbi near Nami Island)

Kami bergerak dari Bangi ke KLIA2 jam 8.45pm sejurus selesai solat Isyak memandangkan kami semua diminta berkumpul di depan Starbucks KLIA2 pada jam 10pm..Alhamdulillah kami sampai di KLIA2 15 min sebelum jam 10pm. Masa sampai di kawasan berkumpul hampir 70% peserta trip sudah sampai. Kami di briefing oleh wakil Muslimtravelbug (MTB) iaitu En. Saddam berkenaan perjalanan sepanjang trip kami di Seoul nanti. Untuk trip kali ni, Tasya akan jadi tourguide kami dari Malaysia dan seorang lagi tourguide dari Korea. Trip kali ini disertai oleh 41 orang ahli termasuk seorang toddler.

Lebih kurang jam 11pm, kaunter check-in dibuka dan kami diminta check-in by family group members. Setelah selesai proses check-in, kami diberi masa untuk makan dan solat bagi yang datang dari jauh dan diminta berkumpul di Gate J4 pada jam 12.30 am. Waktu boarding adalah pada jam 1 am.

Pintu gate dibuka pada jam 12.50 am dan kami selamat berlepas pada jam 1.00 am..Hujan renyai-renyai mengiringi pelepasan kami kebumi Sonata pada malam tersebut.


Lebih kurang jam 3 am, kami dihidangkan dengan Nasi Lemak Pak Nassir seperti yang telah termasuk dalam pakej trip MTB. Disebabkan kurang berselera dan keadaan dalam flight agak panas, saya hanya simpan sahaja nasi lemak tu..pastu paksa diri tidur..huhu..lebih kurang jam 6.15am, cahaya kemerahan di luar menandakan subuh dah masuk. Masa ni la botol spray berguna untuk amik wuduk. So settle solat subuh saya sambung tido semula. Baru mata rasa mengantuk..ZZZzzzz


Lebih kurang jam 8.05 am waktu Korea, Alhamdulillah kami selamat mendarat di Incheon International Airport. 15 minit lebih awal dari masa yang dijangkakan. Pilot memgumumkan suhu di luar adalah pada suhu -7°C..dalam hati ni dah teruja sangat rasa, mengimbau memori 5 tahun lepas pada tahun 2012..

Semasa di dalam kapal terbang, pramugari akan mengedarkan 2 keping borang untuk kegunaan pihak imigresen Korea. Hanya isi maklumat diri,no pasport dan alamat penginapan semasa di Korea.

Setelah setel urusan imigresen dan pengambilan luggage, kami diminta berkumpul di sebelah kiri pintu balai ketibaan. Di sana, tourguide kami, Andy dan photographer group kami, Kuma telah menanti kami. Kami diberi masa 15 minit untuk bersiap2 bagi sape2 yang tak pakai long john dan winter jacket. Andy mengigatkan kami supaya memakai pakaian yang tebal kerana cuaca di luar sangat sejuk iaitu -7°C.

Setelah semua ahli group kami sudah berkumpul, kami bergerak ke bas yang telah menanti di luar pintu airport. Saat2 yang dinanti-nantikan oleh setiap group members kami..nak tengok asap keluar dari mulut..he3.~wink2~♡♡♡


Destinasi kami yang pertama of course la Luncheon..memandangkan semua dah lapar..

Kami akan makan Brunch di seafood restaurant yang terletak di kawasan broadcasting iaitu area SBS dan MBC building..hah dengar pasal SBS..sapa yang tak tahu..banyak reality show dirakamkan di sini..

Kami tiba di restaurant 'The Fish' pada jam 11.00 am..ok menu pertama kami pada hari ini adalah ikan bakar mackarel dan sardin, kimchi jigae dan banchan..sedap..siap bertambah-tambah lagi..maklumla tak makan dari malam semalam..




Dah kenyang perut, semua pakat cari toilet kan..sementara ada yang pergi toilet kami diberi masa untuk amik gambar sekitar kawasan SBS dan MBC. Settle amik gambar, kami teruskan ke destinasi yang seterusnya iaitu Petite France..hurm ada cite disebaliknya camne tiba-tiba Petite France ni ada dalam tentatif kami..asalnya plan kami akan pergi YongPyong Rail-bike..tapi disebabkan group2 sebelum kami mengadu tak berapa sesuai nak kayuh dalam sejuk ghedi ni so pihak MTB gantikan aktiviti rail-bike dengan pergi ke Petite France..sebenarnya agak dissappointed juga mula-mula dengar kena tukar sebab dah pernah pergi tempat ni masa Summer dulu..tapi kalau fikir2 balik tak mampu nak kayuh pun dalam cuaca sejuk camni memandangkan group kami ada budak kecik..so pe pun enjoy~♡♡♡

Perjalanan dari Seoul ke Petite France mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak..so tourguide kami yang baik hati lagi memahami kepenatan kami pun bagi masa kami tidur sepanjang perjalanan ke sana..View bila dah sampai kat area Petite France tu..SubhanAllah..sangatlah cantik..boleh nampak empangan yang merupakan sumber air penduduk kawasan tersebut dan sebab tu sebarang aktiviti air tidak dibenarkan..

Just nak share berkenaan kualiti air di Korea, menurut Andy air paip yang disalurkan ke rumah2 boleh terus minum dan tak perlu masak dah..nampak tak betapa bersihnya air dorang..betapa mereka menjaga alam dan sumber air mereka..plastik dan sampah sangat dijaga oleh penduduk sana..



Kami sampai di Petite France lebih kurang jam 1.16 pm dan kami diberi masa 45 minit untuk pusing kawasan sekitar tu..tempat tu tak luas mana..tapi berdasarkan pengamatan saya cantik lagi pergi musim panas..sebab kawasan tu dihiasai bunga dan rumput hijau...Kalau musim sejuk, semua warna coklat dan rumput kering..

Ni antara pemandangan di Petite France..




Lebih kurang jam 2.30 pm baru semua berkumpul untuk gerak ke next destination..lambat setengah jam dai masa yang diberi iaitu kul 2 pm..kuikuikui. Next destination kami adalah Nami Island. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 min dari Petite France (kalau ikut Andy bagitau 15 min je tapi bila kira2 balik 45 minit jugak..hahaha).

Rasanya dah panjang sangat. Saya akan sambung destinasi seterusnya kami iaitu Nami Islands dalam Seoul Korea Winter 2017: Day 1 Part 2..Annyeong..

No comments:

Post a Comment