Sunday, 5 February 2017

Seoul Korea Winter 2017: Day 0 Persediaan Sebelum Pengembaraan Bermula..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t dan apa khabar semua..
Selamat Tahun Baru 2017..
Seperti yang saya janjikan sebelum ni berkenaan permusafiran saya ke bumi Sonata untuk sekali lagi buat kali ketiga setelah 4 tahun lalu pada 2012 dan 2013..

Permusafiran kali ini sangat bermakna..nak tahu kenapa jom teruskan membaca sehingga ke akhir entri untuk pengembaraan kali ini..
......................................................................
Date: 15 January 2017
Venue: KLIA 2, Kuala Lumpur

Persediaan sebelum berlepas:

Pakaian:
Seperti biasa untuk travel pada musim sejuk, modal yang perlu dikeluarkan pun mestilah lebih berbanding pada musim panas. Berbekalkan pengalaman sebelum ni, preparation lebih awal telah dibuat. So barang penting dan wajib kena bawak adalah winter boots, winter jacket, long john, gloves, muffler, heat pack, sun block, lip balm & body lotion. Nasihat saya pada sape2 yang nak pergi masa musim winter,muffler dan winter boots banyak boleh dapat  kat sana dengan harga yang berpatutan kalau jalan area Namdaemun & Dongdaemun. Kalau takde winter boots boleh pakai sport shoes je. Satu lagi benda penting yang kena bawak adalah universal travel adapter. Di Korea, voltage adalah 220V dan plug dia ada 2 lubang je untuk plug 2-pin macam dalam gambar di bawah.

Muffler beli kat SoxWorld, Universal Travel Adapter, dan travel pillow.
Makanan:
*Bagi yang backpacker saya cadangkan bawak la meggi, makanan dalam tin, roti, sambal ikan bilis or brahims masa pergi Korea. Instant rice boleh dapatkan di GS25, 7eleven atau CU mart. Yela perut orang Melayu mesti nak makan nasi kan..Tapi kalu stay area Itaewon memang takde masalah..kalu pergi ikut pakej pun takde masalah jugak

Ni antara makanan dan ubatan yang dibawa..ikan bilis tu paling win..hehe
Duit:
Benda yang paling penting kena bawak..
So untuk trip kali ini saya tukar sebanyak RM1.6k (300,000₩ + 131,000₩)..disebabkan nilai mata wang kita jauh dengan teruk sekali, RM1.6k tu dapat sikit jela dengan rate yang tak berapa nak best..3.53 pada tengah tahun 2016 dan yang terbaru 3.73 pada awal bulan 1 2017..Tapi duit baki 200,000₩ yang disimpan dengan baik 4 tahun lepas menambahkan lagi duit belanja yang tak berapa nak banyak 😂
So total semua: 631,000₩

Matawang South Korea, Won..Vital Rate S.B. salah satu money changer yang menawarkan kadar yang berpatutan

Pakej percutian Seoul 5H4M:
Kali ni saya amik pakej bersama Muslimtravelbug. Memang terbaik..the best ever Korea trip..he3..(Boleh minta komisyen tak MTB😆) saya bagi 5🌟🌟🌟🌟🌟..highly recommended..dorang jugak ada sediakan pakej private bagi yang nak pergi sendiri2. So bagi yang tengah mencari pakej yang sesuai saya suggest amik trip anda dengan mereka..Untuk makluman anda, mereka ni adalah ex student di Korea..so Korea tu dah macam rumah ke-2 dorang dah..so dont worry k..

Bagi yang berminat boleh ke facebook atau terus ke website rasmi MTB:
Facebook: https://www.facebook.com/Muslimtravelbug
Website: www.pakejkorea.com/  

Barang-barang Lain:
Barang lain seperti ubat-ubatan, botol kosong (untuk guna pergi toilet), wet tissue, botol spray (wuduk).

Ni saya share sedikit summary itinerary yang disediakan oleh pihak MTB masa trip saya pada 16-20 Jan 2017 selama 5H 4M:

Day 1: Arrival-Petite France-Nami Island-YongPyong Ski Resort (L,D)

Day 2: YongPyong Ski Resort-Cheese Making (Sheep Farm)-Strawberry Farm-Dongdaemun (B,L,D)

Day 3: Gyeongbok Palace & National Folk Museum-Ginseng Outlet-Skin Care Cosmetic Center-                   Namdaemun- Myeondong (B,L,D)

Day 4: Namsan Tower-Korean Hanok Village-Itaewon (Seoul Mosque)-Free& Easy (B,L)

Day 5: Amethyst Outlet-Red Pine Outlet-Airport (Departure) (B)

Hahaha..persedian pun dah meleret sampai 1 muka..Rasanya saya sambung untuk Day 1 Part 1 nanti..nantikan..annyeong..



No comments:

Post a Comment